Pemandulan adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan organ reproduksi jantan (testis) atau betina (ovari) kucing. Ia juga dikenali sebagai ‘castration’ untuk kucing jantan dan ‘spaying’ untuk kucing betina. Antara syarat yang wajib dipenuhi sebelum catparents melakukan tempahan surgeri pemandulan ialah;

  1. Pastikan berat kucing telah mencapai 2.5kg ke atas
  2. Kucing sihat dan berada dalam keadaan sedia untuk surgeri
  3. Status vaksin aktif

Kepentingan pemandulan

  1. Kesihatan Kucing yang Lebih Baik

Bagi kucing betina, prosedur ini mengurangkan risiko kanser ovari dan penyakit rahim. Bagi kucing Jantan pula, ia boleh mengurangkan risiko kanser testis. Kucing yang telah dimandulkan juga cenderung untuk menjadi lebih tenang dan kurang agresif. Mereka akan kurang cenderung untuk berkeliaran atau bergaduh dengan kucing lain, yang boleh mengurangkan risiko kecederaan.

  1. Mengawal Populasi Kucing

Pemandulan  adalah cara terbaik untuk mengawal populasi kucing dengan menghalang pembiakan yang tidak terkawal. Dengan mengurangkan bilangan anak kucing yang dilahirkan, kita dapat membantu mengurangkan tekanan ke atas sistem penjagaan kucing jalanan dan mencegah lebih banyak kucing dari terbiar.

  1. Penjimatan Kos Jangka Panjang

Pemandulan juga boleh membantu catpa menjimatkan wang dalam jangka panjang. Membiakkan kucing boleh menjadi proses yang mahal dan memerlukan masa yang banyak. Ia melibatkan kos makanan tambahan, penjagaan kesihatan tambahan, dan lebih banyak masa dan usaha. 

Cara penjagaan kucing selepas mandul

‘Post-neuter care’ atau penjagaan selepas pemandulan/waktu berpantang adalah sangat penting untuk memastikan kawasan pemandulan sembuh dengan cepat dan baik tanpa sebarang komplikasi. Waktu berpantang kucing jantan ialah 3-5 hari selepas pemandulan manakala kucing betina mempunyai waktu berpantang 5-7 hari selepas pemandulan. Sepanjang waktu ini, Catparents diwajibkan untuk membuat langkah-langkah dibawah;

  1. Pantau kawasan pembedahan sekurang-kurangnya sehari sekali

Pastikan tiada lelehan cecair (seperti nanah atau darah) sepanjang waktu pantang. Bengkak dan kemerahan selepas pembedahan adalah normal, tetapi jika bengkak beterusan lebih dari 3 hari selepas pemandulan, sila bawa anak bulus anda ke cawangan Catnest berdekatan untuk follow up.

  1. Jangan benarkan kucing anda jilat Kawasan pemandulan

Jangkitan bakteria atau jahitan koyak boleh terjadi jika kucing menjilat kawasan pemandulan secara berterusan. Sila pakaikan cone / e-collar untuk mengelak kucing anda dari menjilat atau menggigit kawasan pemandulan

  1. Elakkan penggunaan pasir yang berkemungkinan melekat pada kawasan pembedahan

Pasir litter box yang berhabuk boleh melekat di kawasan pemandulan dan membawa kepada jangkitan bakteria. Sila gunakan pasir jenis crystal, kertas atau tofu dan bersihkan litter box secara kerap sepanjang waktu pantang.

  1. Larangan mandikan kucing selama seminggu

Air mandian dan kotoran boleh membawa jangkitan kepada Kawasan pemandulan, oleh itu catparents dilarang dari memandikan kucing sekurang-kurangnya seminggu selepas pembedahan. Sila gunakan ‘pet wipes’ untuk membershikan kekotoran buat sementara waktu tanpa menyentuh kawasan pemandulan.

  1. Kurung di dalam sangkar selama seminggu

Kurangkan pergerakan anak bulus dan elakkan mereka dari melompat atau bermain terlalu aktif. Pergerakan di kawasan luar rumah juga adalah dilarang. Ini adalah penting untuk mengelakkan kawasan pemandulan dari jangkitan bakteria, jahitan koyak atau bengkak.

Tempah Slot Pemandulan Untuk Anak Bulus Anda Bersama Catnest Secara Online!

Catnest ialah cat-friendly clinic yang berfokuskan perkhidmatan kesihatan untuk kucing dan mempunyai fasiliti lengkap untuk penjagaan kesihatan kucing anda!

Doktor berpengalaman: Kami mempunyai pasukan doktor haiwan berpengalaman yang telah berjaya menjalankan lebih dari 6000 operasi pemandulan sejak pembukaan pada 2019.

Fasiliti Lengkap: Klinik kami dilengkapi dengan peralatan lengkap untuk memastikan pemandulan berlangsung dengan selamat tanpa komplikasi.

Perkhidmatan Penuh: Selain daripada pemandulan, kami juga menyediakan servis penjagaan selepas pembedahan untuk memastikan pemulihan yang cepat dan selesa.

Harga Berpatutan: Dapatkan servis pemandulan kami pada harga yang berpatutan: Kucing Jantan (RM110) & Kucing Betina (RM160)

Ward 2 hari 1 malam & follow up percuma: Pemerhatian oleh doktor haiwan berpengalaman untuk memastikan tempoh post-neuter berjalan lancar.

Tempah Servis Pemandulan Kucing di Cawangan Kami: