FAQ

Catnest Veterinary Clinic

Soalan lazim pelanggan kami

1. Adakah pelanggan perlu membuat temujanji secara online sebelum mendapatkan rawatan di Catnest Veterinary Clinic?

Untuk mendapatkan rawatan, vaksinasi, atau konsultasi bersama veterinar, pelanggan tidak perlu membuat sebarang tempahan atau temujanji.

Pelanggan boleh membuat tempahan secara “walk-in” atau pun menerusi talian telefon di setiap cawangan untuk mendapatkan temujanji pemandulan, grooming, pet-hotel dan rawatan ke rumah (housecall)

2. Di manakah saya boleh dapatkan informasi berkenaan dengan promosi dan pakej yang ditawarkan oleh Catnest Veterinary Clinic ?

Informasi berkenaan promosi, pakej yang tersedia serta sebarang notis pemberitahuan dan segala yang berkaitan dengan klinik boleh didapati di laman web ini dan laman sosial rasmi kami di facebook, dan instagram.

3. Jika terdapat kes kecemasan seperti haiwan peliharaan dilanggar, adakah ia akan diberi keutamaan?

Kes kecemasan seperti kemalangan atau keracunan akan diberi keutamaan untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu.

4. Pada umur berapa kucing sesuai untuk divaksin?

Haiwan peliharaan perlu di vaksin seawal umur 3 bulan atau berat sudah mencapai tahap minimum iaitu 800gram. Harga yang dikenakan ialah RM40 bagi setiap vaksin.

5. Pada umur berapa haiwan sesuai di mandulkan ?

Haiwan peliharaan sesuai dimandulkan seawal umur 5 bulan bagi kucing betina dan sewal umur 6 bulan bagi kucing jantan.
Harga pemandulan jantan ialah RM110 manakala harga pemandulan betina RM160.

6. Adakah kucing perlukan vaksin seperti manusia?

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan kucing ialah vaksin 4in1. Vaksin ini bertujuan untuk mengurangkan kadar jangkitan dan kematian terhadap 4 jenis virus utama yang sering menyerang kucing.

7. Mengapa harus memandulkan kucing?

Pemandulan kucing ialah HARUS dari segi syarak bagi mengelakkan penyakit seperti pyometra/ reproductive problem, aggresiveness & spraying behaviour kepada kucing, pemandulan juga dapat membantu mengurangkan kadar kucing jalanan seterusnya dapat mengurangkan kes kemalangan kucing.

8. Bagaimana saya hendak tahu jika kucing saya sakit?

Kucing merupakan haiwan yang bijak untuk menyembunyikan sakit, kebanyakan kucing akan menunjukkan tanda-tanda ringan seperti kerap tidur, kurang makan, menunjukkan perubahan sifat normalnya, dan juga menjadi kurang aktif.

9. Berapa kerap saya perlu ambil untuk pembersihan gigi kucing?

Pemeriksaan kesihatan oral kucing perlu dijalankan setiap tahun, dan menjadi lebih kerap mengikut kadar peningkatan umur kucing. Pembersihan gigi atau dental scaling bergantung kepada regim pemakanan, faktor behavior serta umur. Kucing digalakkan untuk mendapatkan rawatan pembersihan gigi setiap 2 tahun.

10. Bagaimana kucing saya boleh terdapat cacing dalam badan?

Jangkitan cacing pada kucing kerap terjadi kepada kucing yang tidak mengambil ubat pencegahan kutu, faktor makan serta aktiviti diluar rumah juga boleh menyebabkan masalah cacing kepada kucing.

“My cat makes my family complete.”

BANDAR TUN HUSSEIN ONN

03 – 9076 3612

admin@catnest.my

Catnest Veterinary Clinic

@catnest.vet.clinic

No 2A Jalan Suarasa 8/7, Bandar Tun Hussein Onn Cheras, 43200 Selangor.

Click here

Sg Besi

03 – 9054 0363

admin@catnest.my

Catnest Veterinary Clinic

@catnest.vet.clinic

No 2A Jalan Tasik Utama 9, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur.

Click here

Email Kami