Catparents pernah tak nampak bintik-bintik gelap tiba-tiba muncul di kawasan muka anak bulus? Jika ya, kemungkinan si bulus mengalami condition yang dipanggil lentigo!

Apa itu Lentigo?

Lentigo adalah keadaan dimana binti-bintik hitam muncul pada kulit kucing. Bintik-bintik ni biasanya muncul secara bertahap dengan jumlah yang tak tetap serta berukuran kecil dan berwarna coklat, hitam, atau abu-abu. Untuk pengetahuan Catparents, bintik-bintik ni muncul akibat peningkatan melanin, iaitu pigmen yang memberi warna pada kulit, di kawasan tertentu. Lentigo lazimnya akan muncul di kawasan wajah kucing, seperti hidung, bibir, atau kelopak mata.

Catparents jangan risau, Lentigo TAK MERBAHAYA kepada kesihatan kucing tau! Kucing yang hidapi lentigo biasanya tak mengalami gejala lain dan bintik-bintik ni langsung tak menyakitkan.

Penyebab Lentigo Kucing:

Malangnya penyebab lentigo kucing belum dapat difahami sepenuhnya oleh pakar. Namun menurut beberapa kajian, faktor genetik memainkan peranan penting dalam kemungkinan munculnya lentigo pada kucing catparents. Sebagai contoh, kucing berwarna oren lebih cenderung terhadap Lentigo. Ini kerana kod genetik dalam kucing berwarna oren serta keturunannya tak stabil, dan gangguan genetik ni boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran melanin yang akan menghasilkan lentigo.

Rawatan untuk Lentigo kucing:
Lentigo ni pada umumnya memang tak perlu rawatan
. Namun, Catparent disarankan untuk

mengambil langkah di bawah untuk pantau si bulus .

  1. 1)  Perhatikan perubahan: Pantau bitnik-bintik lentigo si bulus dan perhatikan sebarang perubahan ukuran, bentuk, atau warna yang mencurigakan. Jika ada, catparents disarankan untuk membuat konsultasi di klinik haiwan.
  2. 2)  Kurangkan dedahan cahaya matahari: Cahaya matahari boleh meningkatkan jumlah bintik lentigo si bulus. Catparents disarankan untuk bataskan waktu si bulus di bawah sinaran matahari, terutamanya pada waktu cahaya matahari terik.
  3. 3)  Konsultasi berkala di klinik haiwan: Jika keadaan lentigo anak bulus catparents membimbangkan, catparents disarankan untuk membuat konsultasi di klinik haiwan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, nasihat penjagaan dan rawatan jika perlu.

Nak lebih mudah, Catparents boleh buat konsultasi berkala untuk anak bulus di Catnest Veterinary Clinic! Pendaftaran boleh dilakukan secara kaedah walk-in dan tak perlu appointment!

๐‡๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ค๐š๐ญ ๐ง๐จ๐ฆ๐›๐จ๐ซ ๐ญ๐ž๐ฅ๐ž๐Ÿ๐จ๐ง ๐๐ข๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š๐š๐ง

๐Ÿ“ŒBandar Tun Hussein Onn (03-9076 3612)

๐Ÿ“Œ Lake Field Sg Besi (03-9054 0363)

๐Ÿ“Œ Wangsa Maju Seksyen 2 (03-4131 0664)