Vaksinasi adalah satu langkah penting dalam menjaga kesihatan anak bulus kesayangan catparents. Sama seperti manusia, kucing juga memerlukan pelbagai vaksin untuk melindungi mereka daripada penyakit yang boleh membahayakan nyawa. Tetapi berapa kali sebenarnya catparents perlu vaksinkan kucing?

Untuk kucing yang berumur kurang dari setahun, vaksin hendaklah dilakukan 3 kali dengan jarak 1 bulan diantara setiap dos vaksin, diikuti dengan vaksin booster tahunan. Untuk kucing yang berumur setahun ke atas pula, vaksin hendaklah dilakukan 2 kali dengan jarak 1 bulan diantara setiap dos vaksin, diikuti dengan vaksin booster tahunan. Catparents wajib pastikan anak bulus dah sampai berat badan 0.8kg keatas, sihat dan tak mengandung sebelum mendapatkan vaksin untuk anak bulus tau!

Mengapa Vaksinasi Kucing Penting?

Vaksin ni penting untuk melawan penyakit seperti jangkitan virus dan bakteria. Kat clinic tak ada ubat atau rawatan yang boleh bunuh virus tau! Semua bergantung kepada imuniti badan si bulus untuk lawan dan vaksin ni role dia ialah untuk kuatkan lagi imuniti badan si bulus. Senang cerita, macam vaksin Pfizer untuk kekang COVID. Tak inject, susah la lawan! Vaksin juga membantu melindungi komuniti kucing secara keseluruhan, kerana ia membantu mengurangkan penularan penyakit-penyakit berjangkit. Antara penyakit yang dapat elakkan melalui vaksin ialah;

  1. Virus Parvo (Feline Panleukopenia Virus FPV)

Virus Parvo Feline adalah virus yang sangat berbahaya untuk kucing. Ia adalah sejenis virus yang tergolong dalam keluarga Parvoviridae dan boleh menyebabkan simptom yang serius dan mempunyai kadar kematian yang tinggi. Virus ini biasanya tersebar dari kucing yang terjangkit melalui cecair kotoran seperti air kencing, air liur, muntah serta najis. Selepas jankitan, virus parvo akan menyerang sel-sel darah putih dalam tubuh kucing, yang mengakibatkan penurunan jumlah sel darah putih dalam badan kucing dan melemahkan sistem imun kucing,

Antara symptom Virus Parvo ialah;

  • Kehilangan selera makan
  • Muntah dan cirit-birit
  • Demam
  • Kehilangan berat badan dan lemah
  • Dehidrasi
  1. Virus Herpes (Feline Herpesvirus FHV)

Virus Herpes Kucing, juga dikenali sebagai Feline Herpesvirus 1 (FHV-1), adalah sejenis virus yang juga menjangkiti kucing melalui kontak rapat dengan kucing berjangkit. Ia adalah sebahagian daripada keluarga Herpesviridae dan boleh menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai “Rhinotracheitis” dalam kucing. Penyakit ini adalah salah satu penyebab utama penyakit saluran pernafasan atas (upper respiratory system). Lazimya, jangkitan boleh berlaku melalui cecair badan kucing terjangkit seperti air liur dan cecair dari hidung. Virus ini juga boleh bertahan di persekitaran untuk jangka masa yang lama dan boleh tersebar melalui perkongsian kotak pasir atau bekas makanan yang tak bersih.

Antara symptom Virus Herpes ialah;

  • Selsema berpanjangan
  • Mata merah dan berair
  • Kehilangan Selera Makan
  1. Virus Calici (Feline Calicivirus FCV)

Sama seperti Virus Herpes, Virus Calici juga ialah antara salah satu penyebab utama penyakit saluran pernafasan atas (upper respiratory system) pada kucingPenyakit ini termasuk dalam keluarga Caliciviridae yang tersebar melalui kontak rapat dengan kucing berjangkit atau melalui perkongsian kawasan yang tercemar

Antara symptom Virus Calici ialah;

  • Bersin dan Selsema
  • Gingivitis (radang gusi)
  • Ulser Mulut / Hidung
  1. Chlamydia

Klamidia Kucing, juga dikenali sebagai Chlamydia felis, adalah sejenis bakteria yang menjangkiti kucing melalui kontak rapat atau direct contact dengan kucing yang berjangkit. Penyakit ini adalah salah satu penyebab utama penyakit konjuktivitis kucing, terutamanya kepada anak kucing.

Antara symptom Chlamydia ialah;

  • Konjunktivitis: Mata merah, bengkak, berair, dan kerap berkerak
  • Bersin dan Selsema
  • Kehilangan Selera Makan

Berapa kos vaksinkan kucing?

Catparents boleh dapatkan vaksin di cawangan Catnest terdekat dengan harga RM40 setiap dos. Catnest juga menawarkan pakej untuk 3 dos vaksin dimana Catparents boleh mendapatkan 3 dos vaksin dengan harga RM120 bersama ubat cacing yang diberikan secara percuma!

Pendaftaran boleh dilakukan secara kaedah walk-in dan tak perlu appointment tau

๐‡๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ค๐š๐ญ ๐ง๐จ๐ฆ๐›๐จ๐ซ ๐ญ๐ž๐ฅ๐ž๐Ÿ๐จ๐ง ๐๐ข๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š๐š๐ง

๐Ÿ“ŒBandar Tun Hussein Onn (03-9076 3612)

๐Ÿ“Œ Lake Field Sg Besi (03-9054 0363)

๐Ÿ“Œ Wangsa Maju Seksyen 2 (03-4131 0664)